Thursday, 5 August 2010

SEJARAH PPKIBP SKPBB

Riwayat idup..


Kelas PPKI telah ditubuhkan pada awal 2002 oleh En. Shafie bin Endut. Bilangan guru ketika itu adalah seramai 2 orang manakala bilangan murid berjumlah 8 orang. Pada tahun berikutnya, bilangan murid telah bertambah menjadi 16 orang. Kebanyakan guru-guru PPKI pada masa itu adalah dipinjamkan dari kelas aliran perdana.

Pada tahun 2006, bilangan murid telah bertambah sehingga 18 orang. Pada tahun 2008 pula, PPKI menerima seramai 3 orang PPM bagi membantu perjalanan kelas. pada awal tahun 2010, PPKI telah menerima seorang pentadbir baru iaitu, En Zailani Hamzah selaku Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang menggantikan tempat En Shafie Endut yang telah dinaikkan pangkat ke Jabatan Pelajaran Negeri manakala kini sehingga bulan Ogos murid pula telah bertambah menjadi 29 orang dan guru adalah seramai 5 orang.

Dengan bertambahnya ahli keluarga istimewa, diharapkan PPKI SKPBB akan terus maju dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang mampu berdikari serta berkemampuan.

No comments:

Post a Comment